Tuesday, January 19, 2010

Sejarah Sekolah





SEJARAH RINGKAS S.J.K.(C) CHUNG HWA WEI SIN

Sekolah ini ditubuhkan pada 1hb Mei 1915, atas nama Sekolah Chung Hwa Wei Sin.Pada awal penubuhan, pernah menyewa sebuah rumah di Jalan Balik Bukit untuk dijadikan tapak sekolah dengan jumlah murid lebih kurang 60 orang. Jumlah murid semakin bertambah pada setiap tahun. Justeru itu, sebuah rumah yang lebih besar telah disewa sebagai sekolah (Kedai Binjai, kini tapak letak kenderaan Hotel Seri Malaysia). Seterusnya, jumlah murid tetap bertambah dari tahun ke tahun maka ada cadangan agar dibina sekolah,cadangan ini telah mendapat sokongan padu daripada dermawan ternama mendiang En. Lim. Dibawah pimpinan Encik Lim lebih kurang RM25 000.00 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan masyarakat Cina. Permohonan membeli sebuah tapak di Jalan Tok Lam untuk dijadikan tapak sekolah telah dibuat kepada pihak kerajaan. Berkat usaha semua pihak, akhirnya sekolah baru telah berjaya dibina pada tahun 1919 dan mulai beroperasi pada 23hb September. Pada 9hb Mac 1924 murid-murid perempuan telah ditempatkan di rumah dua tingkat bernombor 28 di Jalan Banggol. Selepas beberapa tahun, murid-murid perempuan telah ditempatkan di sekolah yang sama dengan murid-murid lelaki.

Pada tahun 1941, Tanah Melayu ditakluki tentera Jepun, begitu juga dengan sekolah kami. Guru Besar sekolah ketika itu Encik Chang Choon Yuan telah dibunuh oleh askar Jepun, manakala alatan-alatan dan buku-buku telah dimusnahkan. Pihak Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa perantaraan utama sekolah.
Pada tahun1945, tentera Jepun telah berundur, zaman kegemilangan Tanah Melayu kembali. Warga-warga prihatin telah berusaha bersungguh-sungguh membaik pulih keadaan sekolah bagi mengelak pelajaran murid-murid tergendala. Pada tahun berikut,sekolah mulai beroperasi.Tahun-tahun berikutnya, jumlah murid tetap bertambah. Bilik-bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi lagi untuk menampung jumlah murid. Di bawah pimpinan pengerusi Jemaah Sekolah, Encik Teh Wei Ren sebanyak 10 buah bilik darjah papan telah dibina bagi mengatasi masalah kekangan bilik darjah.

Pada tahun 1949, sekolah ditadbir oleh Encik Chang Ya Gu. Prestasi sekolah semakin meningkat. Memandangkan kebanyakan murid tidak mampu melanjutkan pelajaran setelah tamat sekolah rendah, penubuhan sekolah menengah telah disuarakan oleh beliau dan ia mendapat persetujuan Jemaah Sekolah. Dalam tempoh yang singkat, pada tahun 1950 Sekolah Menengah Chung Hwa dengan Encik Chang Ya Gu selaku pengetua telah tertubuh. Bagi memudahkan pentadbiran, pada tahun 1953 sekolah rendah dan menengah telah digabung lalu dinamakan Sekolah Rendah Menengah Chung Hwa Wei Sin. Tahun-tahun seterusnya, jumlah murid semakin meningkat. Maka, Jemaah Sekolah sekali lagi membuat permohonan dengan pihak kerajaan bagi tapak sekolah di Bukit Besar. Selanjutnya, kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah dimulakan. Datuk Toh Chui Biaw dan Encik Tan Guat Hwee ialah pengerusi projek pembinaan ini.
Sekolah Rendah Chung Hwa Wei Sin telah menerima bantuan penuh kerajaan pada tahun 1958. Berdasarkan akta pekeliling pada ketika itu, pentadbiran sekolah rendah dan menengah perlu diasingkan.

Pada tahun 1959, dermawan Datuk Tan Guat Hwee telah menubuhkan Tabung Dana Pembinaan Sekolah. Pelbagai pihak turut memberi sokongan atas usaha beliau. Pada tahun yang sama, bangunan pertama sekolah telah siap dibina. Bangunan kedua dan ketiga Tan Guat Hwee masing-masing siap dibina pada tahun 1962 dan 1964. Setakat ini, sekolah mempunyai 23 buah bilik darjah dengan kos lebih kurang RM200 000.00. RM55 000.00 daripadanya merupakan ‘suntikan’ oleh pihak kerajaan yang disalur secara berperingkat.

Pada tahun 1966, pihak sekolah sekali lagi mendapat suntikan dana berjumlah RM25 000.00 bagi pembinaan empat projek iaitu; pintu gerbang sekolah, jalan-jalan sekolah, kaki lima dan tapak sukan.

Pada 7hb Jun 1968, pihak sekolah telah mengadakan majlis perasmian sekolah baru dimana turut diadakan pameran seni lukisan dan kraf tangan dengan menjemput Pengerusi Jemaah Sekolah Datuk Tan Guat Hwee sebagai perasmi.

Selepas itu, walaupun sesi pagi dan petang diadakan, namun kelas-kelas masih tidak mampu untuk menampung murid-murid yang semakin bertambah tahun demi tahun.Maka, pada tahun 1976 diadakan lagi kutipan amal dan telah mendapat sokongan yang jitu daripada pelbagai pihak. Jualan Amal dan Malam Amal telah diadakan dengan menjemput artis Lau Wen Zheng sebagai penghibur pada malam tersebut. Dengan tambahan dana sumbangan daripada dermawan-dermawan, akhirnya sebuah bangunan tiga tingkat dengan jumlah kelas 15 buah telah mulai dibina pada tahun 1979 dan siap pembinaannya pada akhir tahun 1980 dengan menelan belanja lebih kurang RM330 000.00. Perasmian bangunan ini telah diadakan pada 11hb Oktober 1981 dengan diketuai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Tan Sheng Xing diiringi para dermawan.

Pada tahun 1984 dengan bantuan pihak yang telah diamanahkan sebuah kantin dan sebuah tandas lelaki dan perempuan dibina manakala pembinaan bangunan empat tingkat pada tahun 1988. Pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan telah dibina atas jasa Jemaah Sekolah. Di bawah pimpinan dan usaha Datuk Toh Shui Sheng sebidang tanah di depan sekolah telah berjaya dipohon.

Memandangkan sekolah belum memiliki sebuah dewan, justeru pada bulan Jun 1992 Jemaah Sekolah telah mengadakan Malam Amal bagi mengutip derma bagi membina Dewan Serbaguna yang mula dibina pada tahun 1995. Oleh itu, pada Mac 1996 Jemaah Sekolah dengan kerjasama Persatuan Buddha Terengganu Malaysia telah berjaya mengutip dana berjumlah RM220 000.00 menerusi Malam Amal. Disebabkan Dewan Serbaguna masih kekurangan kelengkapan tertentu,dalam tahun yang sama pada bulan Ogos, Jemaah Sekolah dengan bantuan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah, sekali lagi menganjurkan konsert mini bagi mengisi tabung. Hasil sokongan daripada pelbagai pihak, jumlah kutipan telah berjaya melangkaui sasaran awal.

Pada 5hb November 1999, Dewan Serbaguna yang indah tersergam telah siap dibina dan dirasmi oleh Dr Lim Liong Sik Menteri Pengangkutan pada ketika itu.

Tahun 2000, telah menyaksikan SJK(C) Chung Hwa Wei Sin mempunyai murid-murid lelaki dan perempuan seramai 1 786 orang manakala guru-guru 79 orang.Jumlah kelas 48 buah iaitu terdiri daripada sebuah Kelas Pendidikan Khas, 7 buah Kelas Tahun Satu, Tahun Dua hingga Tahun Lima masing-masing 8 buah dan Tahun Enam 9 buah.

Dari tahun 2003 hingga 2005 merupakan puncak pergembangan sejarah SJK(C) Chung Hwa Wei Sin apabila atas usaha gigih Pengerusi MCA Datuk Lau Yin Beng pihak sekolah telah berjaya memperolehi peruntukan dana RM1 juta dan ini telah seterusnya membolehkan sekolah menjalankan projek-projek berikut:

 Pagar jaring diganti dengan pagar konkrit.
 Gelanggang bola keranjang berbumbung dibina.
 Garaj-garaj letak kenderaan.
 Petak-petak letak kenderaan untuk guru-guru.
 Pondok jaga.
 Laluan berbumbung.
 Penukaran bumbung bangunan Tan Guat Hwee dan bangunan tiga
tingkat.
 Bilik Guru berhawa dingin.
 Perpustakaan berhawa dingin.
 Penukaran papan hitam semua bilik darjah kepada papan putih
bermagnet.
 Mengubahsuai kesemua tandas sekolah.
 Pemasangan sistem audio di kawasan sekolah.
 Memperbesarkan kantin dan memperlengkapkan kemudahan kantin
sekolah.
 Menambah sebanyak 900 pasang kerusi dan meja murid-murid.
 Mempertingkatkan kualiti sistem audio dewan sekolah dan
memperlengkapkan lagi kemudahan pentas.
 Mengecat bilik darjah dan bangunan sekolah.

Kesemua projek di atas telah siap dalam bulan Mei tahun 2006. Pada tahun 2004 Kementerian Pendidikan telah menyuntik sejumlah dana untuk projek pembinaan Makmal Komputer yang telah siap pembinaannya pada September 2005. Makmal Komputer tersebut mula beroperasi pada Januari 2006. Buat masa ini, kemudahan dari pelbagai segi belum lengkap. Kekangan kritikal yang dihadapi ialah ketiadaan Makmal Sains, Bilik SPBT, Bilik Seni dan lain-lain bilik. Manakala, bilik-bilik yang sedia ada pula perlu dinaikkan lagi tarafnya. Oleh yang demikian, kini Jemaah Sekolah menerusi MCA Negeri Terengganu, telah memohon sejumlah dana untuk membina bangunan empat tingkat (bawah tidak berbilik).Tingkat 1 merupakan Bilik Guru,Bilik Aktiviti Guru,Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan bilik untuk menjalankan pertandingan. Tingkat 2 ialah Bilik Pusat Sumber dan empat buah bilik darjah, akhir sekali tingat 3 terdiri daripada enam buah kelas.





Sejarah Perjawatan Pengerusi PIBG
2005 ~ Encik Wong Kok Sam
1999 ~2005 Encik Kuek Beng Hui
1994 ~1999 Encik Chee Rong Xin
1993 Encik Chang Ting Lin
1991 ~1992 Encik Tay Boon Beng
1989 ~1990 Encik Lau Yuan Min
1986 ~1988 Encik Yeo Chao Tai
1973 ~1985 Encik Chang Guo Bei




Sejarah Perjawatan Pengerusi Jemaah Sekolah
1997 Encik Chin Kong Nam
1969 ~ 1996 Encik Toh Chui Biaw
1968 Encik Kho Tek Beng
1966 ~ 1967 Encik Toh Chui Biaw
1961 ~1965 Encik Kho Tek Beng
1958 ~ 1960 Encik Oh Yan Yi
1946 ~ 1958 Encik Teng Wei Ren, Encik Guat Hwee (masing-
masing memegang jawatan)
1922 ~ tiada maklumat (Encik Yang Bi Yin)
1915 ~ 1921 *Encik Wan Sun Fat

*Malangnya Pengerusi Encik Wan Sun Fat telah terkorban di Sungai Terengganu pada 26hb Feb.1921 sewaktu menghantar Penasihat dari British Encik Billy An ke Singapura yang berhajat pulang ke Eropah.









Sejarah Perjawatan Guru Besar
2006 ~ Pn. Heng Mong Lan
1996 ~ 2006 Encik Toh Say Teng
1977 ~ 1996 Encik Yeang Chow Chong
1975 ~ 1977 Encik Yang Zhi Hwa
1958 ~ 1975 Encik Tan Sun Qing
1953 ~ 1957 Encik Chan Wen Mei
1949 ~ 1952 Encik Teo Ya Gu
1941 Sebelumnya Encik Teo Choon Yuan (terbunuh sewaktu Zaman Pemerintahan Jepun)
1926 ~ tiada maklumat Encik Liang Chun Sen
1923 ~ 1926 Chiao Yin Gang
1923 Yi Dai
1921 ~ 1922 Encik Tan Ren Nam
1920 Encik Chia Chong Ren
1919 Encik Ng Tie Jian
1918 ~ 1919 Encik Wan Sheng Geng
1916 ~ 1917 Encik Yuan Boa Cheng

0 comments:

Post a Comment